Saturday, January 29, 2011

PERADUAN MENULIS CERPEN

Kepada semua ahli MGCK dan MGC SBP
Peraduan menulis Cerpen 2011 Anjuran
MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA
Tarikh Tutup: 31 Mac 2011

SYARAT DAN KETERANGAN PERADUAN
1.Nama Peraduan
Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2011 (Kategori Cerpen)


2.0 Objektif
2.1 Untuk meningkatkan mutu penulisan kreatif dalam kalangan Guru Cemerlang khususnya penulisan cerpen, dan seterusnya menggalakkan Guru Cemerlang supaya sentiasa gigih berkarya.
2.2 Untuk meningkatkan bilangan penulis yang benar-benar berminat dan cekal menulis cerpen bermutu sehingga dapat menerbitkan karya masing-masing.

3.0 Syarat-syarat Penyertaan

3.1Penyertaan terbuka kepada semua Guru Cemerlang di Malaysia.
3.2Penyertaan hendaklah disampaikan menggunakan borang rasmi yang boleh didapati daripada Yang Dipertua, Majlis Guru Cemerlang Negeri. Borang ini boleh diperbanyakkan/difotostat jika perlu.
3.3Cerpen hendaklah ditulis menggunakan Bahasa Melayu Baku dan panjangnya hendaklah sekitar 2500 – 3500 perkataan atau 12 – 14 halaman kertas A4.
3.4Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada dua buah cerpen untuk menyertai peraduan ini.
3.5Karya yang dihantar untuk menyertai peraduan ini tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihati untuk menyimpan salinannya.

4.Definisi dan Tema
4.1Dalam pengertian yang umum, cerpen dapat didefinisikan sebagai kisah rekaan yang relatif pendek yang dihasilkan dalam bentuk prosa.
4.2Tema adalah bebas tetapi sesuai untuk bacaan para guru, bakal guru, para pelajar dan pembaca umum serta tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensetif atau yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kumpulan kaum, agama, kepercayaan dan budaya di Malaysia.

5.Penghakiman
Semua penyertaan yang menepati syarat peraduan ini akan dihakimi oleh panel penilai yang akan dilantik oleh penganjur. Keputusan panel hakim dan urus setia adalah muktamad.

6.Hak Penerbitan
Penganjur berhak untuk menerbitkan/menyiarkan penyertaan (karya-karya) yang dipilih, dan dalam berbuat demikian, berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan perlu, ke atas karya-karya yang berkenaan. Karya yang dihantar menyertai peraduan tidak boleh dihantar kepada penerbit atau pihak lain tanpa mendapat persetujuan penganjur peraduan ini terlebih dahulu.

7.Penulisan
Karya hendaklah bertaip (komputer) berjarak dua (double spacing) dengan menggunakan kertas taip saiz A4 dan ditaip pada sebelah kertas yang digunakan dan sertakan juga dalam bentuk soft copy (salinan CD)

8.Tarikh Tutup
Tarikh tutup peraduan ialah 31 Mac 2011. Karya mesti sampai kepada Urus Setia (hard copy dan soft copy) pada atau sebelum tarikh tersebut. Penyertaan yang lewat sampai tidak akan dipertimbangkan.

9.Keaslian Karya
Karya hendaklah karya asli peserta (bukan diciplak atau dipadankan daripada karya orang lain) dan belum pernah disiarkan di mana-mana. Peserta mesti bersedia untuk memperakukan keaslian karya yang dihantar itu.

10.Salinan Pertama
Semua penyertaan mestilah dalam bentuk salinan pertama, bukan salinan foto atau salinan karbon.

11.Nama Peserta

Nama Peserta hendaklah jangan ditulis pada naskhah karya tetapi memadai ditulis pada borang penyertaan sahaja.

12.Hadiah
Pertama : RM500.00 + Sijil
Kedua : RM300.00 + Sijil
Ketiga : RM200.00 + Sijil
5 Sagu Hati : RM100.00 Setiap Satu dan Sijil

13.Urus Setia

Alamat Urus Setia:
Urus Setia
Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2011 (Cerpen)
Majlis Guru Cemerlang Malaysia,
d/a: No. 7, Jalan Baung, Taman Bintang,
83500 Parit Sulong, Batu Pahat
(u.p: AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN)
Tel: 4186690/ 012 7373690
E-Mel: azizulmdk@yahoo.com


Borang penyertaan rasmi
A. Judul Cerpen
i. ……………………………………………………………………………..
ii. ……………………………………………………………………………..

B. Butiran Diri
Nama Penuh:………………………………………………………………...
(Seperti dalam Kad Pengenalan)

No. Kad Pengenalan:………………………………………………………...

Gred :…………………………………………………………………………..

Jantina: …………………………………………………………………………

Umur: …………………………………………………………………………...

Alamat Sekolah: ……………………………………….................................

……………………………………………………………………………………

Alamat Rumah: ………………………………………………………………..
………………………………………………………………..
No. Telefon Rumah: ………………………………………...............................
No. Telefon Sekolah: ……………………………………..................................
No. Telefon Bimbit: ……………………………………….................................
E-Mel:……………………………………………………….................................
C. Perakuan Peserta
Dengan ini saya mengaku bahawa:
(i) Semua butiran yang diberikan di atas adalah benar.
(ii) Cerpen yang tersebut di atas adalah hasil saya sendiri, dan belum pernah disiarkan di mana-mana. Saya juga bersetuju mematuhi semua syarat yang dikenakan serta menerima segala keputusan pihak penganjur berhubung dengan peraduan ini.

…………………………… ……………………
(Tandatangan) (Tarikh)

D.Perakuan Pentadbir sekolah
Dengan ini saya mengesahkan bahawa:

(Nama Peserta) ………………………………………………………….(No.

KP:……………………………………. Adalah Guru Cemerlang

Di Sekolah……………………………………………………………………….

…………………………...........
(Tanda Tangan Pengetua)

(Cop Sekolah) Tarikh:……………………..

Thursday, January 27, 2011

FEEL GC

Guru cemerlang perlu mempunyai hubungan interpersonal yang baik dengan semua orang.Dengan rakan sejawatannya, dengan superior iaitu pengetua dan lain lain. Pemikiran sentiasa dinamik. Tidak menolak kerja walaupun sibuk. Feel perangai nya sentiasa menyenangkan semua orang yang berurusan dengannya.